Saturday, 17 May 2014

Laksa penang simple


20140425_123046ed

My simple version of penang laksa. Tak payah nak susah-susah macam dalam resepi lain. You can even skip part pakai ikan fresh.  Boleh pakai ikan sardine tin semata-mata. :D

20140425_122949ed



20140425_122924e

500gm ikan selayang (fresh sardines) yang direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Simpan air rebusan ikan untuk dijadikan stok kuah. Isi ikan ditumbuk sehingga halus. Boleh juga pakai kembung, tapi ikan selayang lebih sedap ;)
20140425_113907

20140425_112616

20140425_112700

1 tin sardine cap ayam, dihancurkan menggunakan garfu. Discard tomato sauce.
20140425_114555

Cili kering, terpulang nak pakai banyak mana pun mengikut tahap kepedasan yang diingini.. I pakai dalam 1 cawan (selepas dipotong pendek dan direbus dan tapis air dan buang biji)
20140425_111140

20140425_112246

Cili rebus tadi dikisar bersama bawang besar dan 1 sudu besar belacan
20140425_113604

Daun kesum. Ini je yang ada. Bunga kantan pun tak ada. :D
20140425_113821

Satukan semua bahan bahan diatas didalam periuk. Tambah air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dingini. Masukkan asam keping. Masukkan garam. Rebus atas api perlahan sehinngga cili masak dan kuah menjadi wangi. Boleh tambah bunga kantan atau daun kesum. Petua kuah laksa yang sedap, kuah kena berulang kali dipanaskan atas api dan kena dimasak awal sebelum dihidangkan. So kalau nak makan tengah hari, masaklah waktu pagi dan panaskan balik waktu tengahari.

20140425_120053

Friday, 16 May 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah... syukur kepada Allah SWT, atas rezeki dan limpah kurnia Nya kepada diri ini dan keluarga.

Irfan, finally dapat tawaran masuk ke University. Perasaan bercampur baur. Antara gembira dan sedikit cuak. Memikirkan kampus yang dia dapat ialah di Melaka. Rasanya macam susah nak lepaskan my baby brother ke sana. But I think this is the right time for him to learn the pain and gain something from the experience. Cuma his nature dia sedikit "lalai" so harap Irfan ni dapat ubah to become more alert sikit dengan hal sekeliling apa lagi yang melibatkan masa depan diri.

What i'm asking now, for every day in my prayer, that Allah dapat permudahkan segalanya. Dari hari ini, ke tarikh pendaftaran dan sehinggalah Irfan habis belajar. Harap dipermudahkan untuk sambut pengajian ke peringkat lebih tinggi, dan dapat kerja bagus, dapat jodoh yang bagus (tapi jgn cari awek pula dekat U nanti) dan dapat tolong kakak jaga mak nanti...

Right now i'm so busy with Irfan prep to Uni. Satu hari entah berapa kali keluar ke bank, ke pejabat penghulu, ke hospital buat med check up, dan apa lagi Irfan now is still under national service PLKN, jadi kena ulang alik ambil dia dan hantar dia ke kem.

Penat. tapi tu lah tanggungjawab yang kena buat. Kalau dulu masa I, kami tak ada kereta, hanya naik bas ke sana sini untuk sediakan kelengkapan ke universiti. Irfan sekarang sangat bertuah sebab semuanya mudah sekarang.

Kalau ada arwah ayah, mesti dia yang sibuk sekarang macam mana dia sibuk waktu nak hantar I ke U dulu dulu. Dan pasti dia lah yang paling gembira bila anak bongsunya akhirnya berjaya menjejak kaki ke University. Ya Allah, semoga ayah gembira dan tenang disana..

Ya Allah permudahkan lah segalanya... Amin...

Wednesday, 7 May 2014

Tuna Veggie Sandwich

Tuna sandwich is a classic choice. But rather than plain tuna sandwich with mayo, you can add some fiber and vitamins in your tuna sandwich. Yang penting, my husband suka this kind of sandwich so much... ;) 
Resepi :
Dalam mangkuk besar, campurkan 1 tin tuna (remove the oil), shredded carrot, mince onions and diced cucumber, 1-2 tablespoon mayonnaise (or mustard). Kacau sehingga sebati. 


20140201_085414ed

20140201_090402ed

20140201_091435ed

Saturday, 8 March 2014

Jejak Teluk Intan

20140117_120310ed

Cerita lama di bulan Februari lepas.

Menara Condong Teluk Intan Kami kembali semula ke Teluk Intan, Perak. Tempat kelahiran emak. Ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya I masih ada Tok (nenek) disebelah emak. Cuma kami jarang bercerita, dan ada peristiwa menghalang kami balik ke Teluk Intan sebelum ini. 2 tahun lepas, setelah beberapa belas tahun berlalu kami pulang semua kesini membawa emak berjumpa ibu kandungnya sendiri yang lama ditinggalkan. Untungnya ada suami yang sudi temankan kami, kalau nak harapkan I, sebab kawasan kampung disitu melalui hutan dan kampung, pening juga dengan jalan kat Perak ni. mengikut cerita emak, emak diserahkan kepada jagaan nenek emak selepas kelahiran adik emak yang kedua. Jarak umur yang rapat antara kedua nya membuatkan Tok setuju. Emak mengikut neneknya balik ke Perlis. Sebenarnya Tok dan Arwah Tok Wan adalah dari Perlis. Mereka merantau ke Teluk Intan untuk projek penerokaan tanah untuk dijadikan ladang dan bendang di Teluk Intan. Kebanyakan di Teluk Intan sememangnya bercakap loghat utara Kedah Perlis kerana kemasukan orang Kedah perlis ke situ meneroka tanah. Emak sememangnya mahu pulang melawat ibu kandungnya, tetapi banyak halangan yang ditempuhnya. Sedar tak sedar hampir berbelas tahun dia tidak dapat jumpa ibu kandungnya. Penantian akhirnya berakhir juga bila saya mendapat jodoh dengan suami yang juga orang perak,jadi kami ambil kesempatan yang ada dengan pertolongan suami menacari rumah Tok di Teluk Intan. Alhamsulillah syukur kami dapat jumpa Tok dan adik beradik emak yang lain. Kunjungan kami kali ini adalah kunjungan yang ke tiga kali dan kami berharap akan kesana lagi dalam waktu terdekat nanti kerana keadaan kesihatan Tok sekarang pun kurang baik.

Singgah di Kuala Kangsar dalam perjalanan menuju ke Rumah mak mentua. Laksa Kuala yang sedap walaupun kuah agak cair.    20140116_183447ed

20140116_191554ed


Esoknya dari rumah emak mertua di Batu Gajah, singgah di Bandar Teluk Intan untuk makan tengahari. Murah betul makanan disini. Untuk nasi penuh lauk macam ni, RM26 untuk 3 orang sekali air dan tambah ayam bakar sepinggan. 
20140117_113634

Dibawah foto kenangan bersama keluarga Paksu, iaitu adik emak. Emak bertudung biru dan yang bertudung merah ialah emak mertua saya. Tok tak dapat bergambar bersama sebab terlantar di katil.
20140119_133736ed

Terjumpa durian pula dibelakang rumah Tok
DSC09934

Dan selamat dibuat kuah durian... :D20140120_181101ed

DSC09940

DSC09931

Sepat ronggeng kering ni sangat sedap. Macam keropok garingnya..
20140124_081756ed

Friday, 7 March 2014

Gulai Atau Masak Lemak?

20140131_120823ed

Dibesarkan di Kedah dan sehingga kini masih tinggal di Kedah, gulai bagi saya adalah kari melayu. Kari melayu ni selalunya agak light sikit dan lebih berlemak tetapi kurang berempah dan sememangnya agak berbeza dengan kari mamak atau indian curry yang pekat dan kaya dengan rasa rempah dan agak masam kadangkala disebabkan pengunaan yogurt.

Tetapi selepas berkahwin dengan DH, orang Perak, baru lah tahu yang Gulai di Perak merujuk kepada kuah lemak cili padi. Kalau di Kedah dipanggil Masak Lemak ( tak pasti pula sama ke tak dengan Masak Lemak Cili Padi versi Negeri Sembilan) tetapi masak lemak di Kedah boleh pakai sebarang cili dan diletak bawang dan serai dikisar sekali dengan cili. Tetapi Gulai di Perak bukanlah macam kari, looks like masak lemak cuma serainya dititik (bruised) dan bahan kisaran hanyalah cilipadi dan bawang.

Pening kan.. kalau tak faham tak apa :D

Anyway, ni resepi dari En. Mat Gebu. Terima Kasih for the recipe. Resepi from HERE. Memang menjadi sedap.

20140131_113919ed

20140131_114612ed

 Saya masak kan untuk DH, dan dia cakap sedappppp sangat sebab pedas dan my DH suka pedas. Saya juga gunakan kunyit hidup jadi wangi nya gulai saya ni jadinya..

Personally saya tak berapa suka ayam masak lemak ni atau gulai ni. Tapi sebab DH suka saya usaha juga belajar. But next time kalau buat saya rasa bahagian drumstick dan thighs lebih sedap dimasak cara ini berbanding bahagian dada ayam.

20140131_121007ed

Monday, 25 November 2013

Perubahan


2014 hampir tiba.  Sepanjang 2013 banyak perubahan berlaku pada diri ini. Tahun lepas, ada dugaan ujian dalam persahabatan.  Tahun ni  ujian istiqamah dan mendekatkan diri dengan Allah. Mengenali Pencipta, mengenali Rasulullah dan cuba mempraktikkan sunnah. Cukup susah rupanya bila nak beristiqamah ni. Senang berkata-kata, susah perlaksanaanya.

Selepas arwah ayah meninggal, Rasa kehilangan. Satu tanggungjawab besar jatuh ke bahu dan aku jatuh terduduk diam tak terkata. Pemergianya tiba tiba. Dalam sedih, sepi, hidup perlu diteruskan. Dalam kesamaran, dalam kegelapan mengurus itu dan ini, tanah, bendang, urusan adik adik, pada masa yang sama, emak pula tak berapa sihat, berulang ke hospital setiap bulan, masa tu Hospital di Kangar, bila pindah rumah baru di  Jitra, Perjalanan ke Kangar jadi jauh. Urusan pindah ke Hospital Alor Setar makan masa juga dekat 6 bulan. Dah tukar hospital Alor Setar, of course ada routine follow up sebab bukan senang hospital nak take over kes pesakit dari hospital lain. satu hal pula ke hospital alor setar saban minggu. Ketika itu, sabar dan sabar. Mana nak handle family, nak ulang alik ke hospital, ulang alik hantar adik ke sekolah (sometimes rotate dengan my brother) dan ulang alik ke ipoh. Tanggung jawab  kepada ibu, tanggung jawab dan amanah dari ayah kepada adik semua penting, semua patut dituruti. Suami pula jauh masa tu.



Kadangkala rasa sedih tiada abang, tiada kakak untuk mengadu dan bergantung. Semua buat sendiri.

Bila ada yang menghulurkan alam persahabatan, disaat saat kita memerlukan persahabatan diterima dengan tangan terbuka.  Masa tu ada kawan yang macam kakak sendiri dan juga abang sendiri. Seronoknya dapat keluar sekali sekala, release tension. Ada kakak dan abang yang memahami diri ini dan terima seadanya. Tiba tiba teman yang dianggap seperti kakak yang disayang yang menjadi tulang belakang hilang pergi.  Beberapa bulan selepas tu kehilangan pula teman yang dianggap abang, yang selama ni masing2 bergantungan. Masing-masing punya masalah. Masing-masing mengadu masalah… menjadi pendegar setia saban hari. Hilang begitu sahaja meninggalkan cacian dan kata nista, fitnah menjadi taruhannya. Cakap sahaja nak tamatkan persahabatan, kenapa perlu memfitnah itu dan ini?. Period.



Lupakan drama diatas, I try to find the strength dengan kaki sendiri. Cuba hiburkan diri dengan hobby photography. Alhamdulillah membantu. Sangat membantu. Hidup diteruskan seperti biasa. Berulang alik antara Kedah-Perak, rumah-office, rumah –sekolah, rumah-hospital sedar sedar je kekuatan itu datang dengan sendirinya.. Setiap hari mengadu pada Allah, benar kata orang, semakin kita kerap merintih kepada Nya Ya Rahman Ya Rahim, kita semakin dekat, semakin mengenali Nya, semakin kasih dan sayang kepada Nya.

Bermula lah episod mengenali Sang Pencipta yang maha Agung. Terasa diri ini sangat kerdil. Sangat lemah tetapi diberi kekuatan dalaman yang cukup.

Alhamdulillah tahun ni emak dah semakin sihat, Cuma sesekali ke hospital untuk follow up dan check up. Dan tahun ni banyak berulang alik ke Perak sebab husband menetap disana. Irfan pula sekarang akan habis SPM dalam beberapa hari.

Alhamdulillah, syukur. Allah adalah sebaik baik perancang. Dalam perancangan Nya yang maha hebat, dia rupanya mahu aku menjadi hamba Nya yang tawaduk, yang diredhai Nya. Lantas Dia menjauhkan diri ini dari segala-gala anasir dan pengaruh yang tidak baik. Bila diingatkan balik perkara silam, sekarang aku jadi diri sendiri, tak ikut cakap orang lain, boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, dan aku banyak habiskan masa dengan keluarga. Kalau dulu seringkali masa dihabiskan melepak di mamak dan berbual kosong perkara tak berfaedah. Kini setiap  masa dan perbualan terisi dan berisi. Syukur atas rahmat Allah. Kadangkala kita tak sedar Rahmat Allah disebalik semua perkara dan peristiwa.

Perjalanan masih jauh, perjuangan masih belum selesai. Banyak perkara perlu diubah. Perlu Istiqamah dengan lebih kuat. Aku masih belum sempurna.


As the quote above, for me keduanya sekali. Yes I change because, I learned a lot, and yes I have been hurt so much....

Sejujurnya.. diri ini memerlukan abang dan kakak sebagai pembimbing. Masih mencari dan akan terus mencari..... kali ini sebagai pembimbing menuju kearah mencari keredhaan Allah Swt. Salah aku sendiri juga dulu, berkawan untuk keseronokan bukan kerana Allah. And I realize now, good people are hard to find, so treasure them. IsyaAllah, I'll find them one day...

My advice for those yang hidup sempurna dikelilingi orang tersayang, ada kakak, ada abang, ada adik, ada ayah dan ibu, ada kawan yang setia,  Recognize when you have good people in your life and treat them right. Don't take out your frustrations on those that love you and would do anything for you...

Yours truly...
Eny Abdullah