Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

Laksa penang simple


20140425_123046ed

My simple version of penang laksa. Tak payah nak susah-susah macam dalam resepi lain. You can even skip part pakai ikan fresh.  Boleh pakai ikan sardine tin semata-mata. :D

20140425_122949ed



20140425_122924e

500gm ikan selayang (fresh sardines) yang direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Simpan air rebusan ikan untuk dijadikan stok kuah. Isi ikan ditumbuk sehingga halus. Boleh juga pakai kembung, tapi ikan selayang lebih sedap ;)
20140425_113907

20140425_112616

20140425_112700

1 tin sardine cap ayam, dihancurkan menggunakan garfu. Discard tomato sauce.
20140425_114555

Cili kering, terpulang nak pakai banyak mana pun mengikut tahap kepedasan yang diingini.. I pakai dalam 1 cawan (selepas dipotong pendek dan direbus dan tapis air dan buang biji)
20140425_111140

20140425_112246

Cili rebus tadi dikisar bersama bawang besar dan 1 sudu besar belacan
20140425_113604

Daun kesum. Ini je yang ada. Bunga kantan pun tak ada. :D
20140425_113821

Satukan semua bahan bahan diatas didalam periuk. Tambah air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dingini. Masukkan asam keping. Masukkan garam. Rebus atas api perlahan sehinngga cili masak dan kuah menjadi wangi. Boleh tambah bunga kantan atau daun kesum. Petua kuah laksa yang sedap, kuah kena berulang kali dipanaskan atas api dan kena dimasak awal sebelum dihidangkan. So kalau nak makan tengah hari, masaklah waktu pagi dan panaskan balik waktu tengahari.

20140425_120053

Saturday, 8 March 2014

Jejak Teluk Intan

20140117_120310ed

Cerita lama di bulan Februari lepas.

Menara Condong Teluk Intan Kami kembali semula ke Teluk Intan, Perak. Tempat kelahiran emak. Ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya I masih ada Tok (nenek) disebelah emak. Cuma kami jarang bercerita, dan ada peristiwa menghalang kami balik ke Teluk Intan sebelum ini. 2 tahun lepas, setelah beberapa belas tahun berlalu kami pulang semua kesini membawa emak berjumpa ibu kandungnya sendiri yang lama ditinggalkan. Untungnya ada suami yang sudi temankan kami, kalau nak harapkan I, sebab kawasan kampung disitu melalui hutan dan kampung, pening juga dengan jalan kat Perak ni. mengikut cerita emak, emak diserahkan kepada jagaan nenek emak selepas kelahiran adik emak yang kedua. Jarak umur yang rapat antara kedua nya membuatkan Tok setuju. Emak mengikut neneknya balik ke Perlis. Sebenarnya Tok dan Arwah Tok Wan adalah dari Perlis. Mereka merantau ke Teluk Intan untuk projek penerokaan tanah untuk dijadikan ladang dan bendang di Teluk Intan. Kebanyakan di Teluk Intan sememangnya bercakap loghat utara Kedah Perlis kerana kemasukan orang Kedah perlis ke situ meneroka tanah. Emak sememangnya mahu pulang melawat ibu kandungnya, tetapi banyak halangan yang ditempuhnya. Sedar tak sedar hampir berbelas tahun dia tidak dapat jumpa ibu kandungnya. Penantian akhirnya berakhir juga bila saya mendapat jodoh dengan suami yang juga orang perak,jadi kami ambil kesempatan yang ada dengan pertolongan suami menacari rumah Tok di Teluk Intan. Alhamsulillah syukur kami dapat jumpa Tok dan adik beradik emak yang lain. Kunjungan kami kali ini adalah kunjungan yang ke tiga kali dan kami berharap akan kesana lagi dalam waktu terdekat nanti kerana keadaan kesihatan Tok sekarang pun kurang baik.

Singgah di Kuala Kangsar dalam perjalanan menuju ke Rumah mak mentua. Laksa Kuala yang sedap walaupun kuah agak cair.    20140116_183447ed

20140116_191554ed


Esoknya dari rumah emak mertua di Batu Gajah, singgah di Bandar Teluk Intan untuk makan tengahari. Murah betul makanan disini. Untuk nasi penuh lauk macam ni, RM26 untuk 3 orang sekali air dan tambah ayam bakar sepinggan. 
20140117_113634

Dibawah foto kenangan bersama keluarga Paksu, iaitu adik emak. Emak bertudung biru dan yang bertudung merah ialah emak mertua saya. Tok tak dapat bergambar bersama sebab terlantar di katil.
20140119_133736ed

Terjumpa durian pula dibelakang rumah Tok
DSC09934

Dan selamat dibuat kuah durian... :D20140120_181101ed

DSC09940

DSC09931

Sepat ronggeng kering ni sangat sedap. Macam keropok garingnya..
20140124_081756ed

Friday, 7 March 2014

Gulai Atau Masak Lemak?

20140131_120823ed

Dibesarkan di Kedah dan sehingga kini masih tinggal di Kedah, gulai bagi saya adalah kari melayu. Kari melayu ni selalunya agak light sikit dan lebih berlemak tetapi kurang berempah dan sememangnya agak berbeza dengan kari mamak atau indian curry yang pekat dan kaya dengan rasa rempah dan agak masam kadangkala disebabkan pengunaan yogurt.

Tetapi selepas berkahwin dengan DH, orang Perak, baru lah tahu yang Gulai di Perak merujuk kepada kuah lemak cili padi. Kalau di Kedah dipanggil Masak Lemak ( tak pasti pula sama ke tak dengan Masak Lemak Cili Padi versi Negeri Sembilan) tetapi masak lemak di Kedah boleh pakai sebarang cili dan diletak bawang dan serai dikisar sekali dengan cili. Tetapi Gulai di Perak bukanlah macam kari, looks like masak lemak cuma serainya dititik (bruised) dan bahan kisaran hanyalah cilipadi dan bawang.

Pening kan.. kalau tak faham tak apa :D

Anyway, ni resepi dari En. Mat Gebu. Terima Kasih for the recipe. Resepi from HERE. Memang menjadi sedap.

20140131_113919ed

20140131_114612ed

 Saya masak kan untuk DH, dan dia cakap sedappppp sangat sebab pedas dan my DH suka pedas. Saya juga gunakan kunyit hidup jadi wangi nya gulai saya ni jadinya..

Personally saya tak berapa suka ayam masak lemak ni atau gulai ni. Tapi sebab DH suka saya usaha juga belajar. But next time kalau buat saya rasa bahagian drumstick dan thighs lebih sedap dimasak cara ini berbanding bahagian dada ayam.

20140131_121007ed

Saturday, 9 November 2013

Daging Merah Rose

Resepi yang simple ni dapat dari kedai makanan Thai. Simple dan mudah.

  DSC09857

DSC_2520

Daging Merah Rose
Bahan-bahan
1 kg daging lembu dipotong nipis
1 botol pewarna berperisa rose - jgn masuk sebotol, cukup memerahkan daging
lada hitam dan lada sulah
3 sudu besar kicap cair - boleh juga pakai garam
Halia muda yang diparut kasar
Bawang putih dicincang
Perap semua  bahan diatas semalaman atau at least 3-4 jam

Sedikit minyak untuk menumis
Bawang putih dicincang
Cili padi diketuk
Sedikit sos tiram
2 bawang besar - dipotong tebal dan besar.
3 batang daun bawang dipotong
Tomalo dibelah 
Boleh juga masuk sayuran lain seperti kacang panjang, brocoli, kubis bunga dan carrot

DSC_2484

DSC_2493

Panaskan minyak. tumis bawang putih dan cili padi yang diketuk. Kemudian masukkan daging, dan biar daging masak dengan menutup kuali. Sekala sekala dikacau. Masukkan sos tiram. Boleh tambah pewarna rose at this point kalau daging nampak pucat.

Masukkan garam secukup rasa. Apabila daging masak, masukkan bawang besar dipotong dadu dan biarkan layu sedikit. Akhir sekali masukkan sayur sayuran yang dipotong. Kacau seketika dan angkat.


Saturday, 2 November 2013

Pho Bo (Vietnamese Beef Noodles Soup)

I love flat noodles (kueyteow). I dont have any particular reason why I like this noodle so much, I simply like it. I prefer this noodle than any other noodles. Kalau ke kedai sup, everyone akan order bihun sup, mee sup, and I sorang dengan kueyteow sup. Tak boleh nampak mula lah craving nak makan :D

Dont remember when I cooked this, just want to share the recipe of my fav Pho Bo. 

Vietnamese noodles

Pho Bo (versi melayu :D)

1 packet Kuey Teow
Daging lembu secukupnya (dalam 500gm cukup untuk 2-3 orang makan) - seeloknya guna bahagian bertulang
1 ulas Bawang besar (Resepi asal, tak perlu buang kuit, tapi I noticed kulit bawang kat supermarket sangat lah kotor, so just play safe, buang je lah kulit nipis diluar dan  dipotong dua melintang
3 ulas Bawang putih - dibelah dua
2 Bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2-3 sudu Sos ikan - atau boleh pakai pati ikan bilis
Taugeh, daun bawang dan daun sup secukupnya
Air secukupnya untuk merebus

Untuk sos kicap, boleh buat ikut resepi masing untuk mengkut citarasa kita. My cili kicap consist of Cili Padi yang direndam dalam air panas seketika, sedikit bawang goreng, 1 ulas bawang putih dan kicap. Kisar semuanya dalam blender.

Cara memasak kuah sup :

Rebus daging dan tulang bersama bawang besar, bawang putih,  bunga lawang, kulit kayu manis sehingga daging lembut. Selalunya ambil masa dekat satu jam lebih jugak. Kuah should be clear dan tak gelap.
Masukkan sos ikan dan hidangkan bersama kuey teow. Daging boleh dihiris nipis dan hidang diatas kuey teow bersama hirisan daun bawang dan daun sup.


  Vietnamese noodles

Friday, 6 September 2013

The Upside down Pie

This is super easy. Kalau nak try boleh la. The tricky part is when to caramelize the sugar and at the same time kena masuk Apples, kena balik kan apples, risau juga hangit caramel tu kan....

I suppose, the inventor of this upside down pie is a genius, credit to Chef Micheal Smith, because compare to the process of making the regular pie, this is super easy!!
DSC03034

Ingredients
The Pastry
1 cup pastry flour
1 tablespoon sugar
1/2 teaspoon salt
1/2 cup frozen butter
4 tablespoons ice water

The Apples
1/4 cup butter
1/2 cup sugar
3 granny smith apples, cored and sliced into 6 pieces each
Assembly

Directions
The Pastry
Put flour into a large bowl and whisk in sugar and salt.
Grate in frozen butter and blend lightly with fingertips.
Add ice water, 1 tablespoon at a time and stir until dough comes together. Pat into a flat disc and refrigerate for at least a half hour.

The Apples
Melt butter in an ovenproof skillet and add sugar.
Swirl pan around to help dissolve sugar and then let it caramelize.
Add apple slices in an attractive pattern and let them cook until they begin to brown and get soft.

Assembly
Preheat oven to 375°F.
Roll dough into a 10-inch round and lay it over the apples in the skillet, tucking edges around apples.
Bake for 30 minutes, until pastry is golden.
Invert onto a serving platter while tart is still warm.