Showing posts with label Laksa Kedah. Show all posts
Showing posts with label Laksa Kedah. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

Laksa penang simple


20140425_123046ed

My simple version of penang laksa. Tak payah nak susah-susah macam dalam resepi lain. You can even skip part pakai ikan fresh.  Boleh pakai ikan sardine tin semata-mata. :D

20140425_122949ed



20140425_122924e

500gm ikan selayang (fresh sardines) yang direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Simpan air rebusan ikan untuk dijadikan stok kuah. Isi ikan ditumbuk sehingga halus. Boleh juga pakai kembung, tapi ikan selayang lebih sedap ;)
20140425_113907

20140425_112616

20140425_112700

1 tin sardine cap ayam, dihancurkan menggunakan garfu. Discard tomato sauce.
20140425_114555

Cili kering, terpulang nak pakai banyak mana pun mengikut tahap kepedasan yang diingini.. I pakai dalam 1 cawan (selepas dipotong pendek dan direbus dan tapis air dan buang biji)
20140425_111140

20140425_112246

Cili rebus tadi dikisar bersama bawang besar dan 1 sudu besar belacan
20140425_113604

Daun kesum. Ini je yang ada. Bunga kantan pun tak ada. :D
20140425_113821

Satukan semua bahan bahan diatas didalam periuk. Tambah air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dingini. Masukkan asam keping. Masukkan garam. Rebus atas api perlahan sehinngga cili masak dan kuah menjadi wangi. Boleh tambah bunga kantan atau daun kesum. Petua kuah laksa yang sedap, kuah kena berulang kali dipanaskan atas api dan kena dimasak awal sebelum dihidangkan. So kalau nak makan tengah hari, masaklah waktu pagi dan panaskan balik waktu tengahari.

20140425_120053

Sunday, 3 November 2013

My Mom's Laksa Recipe

Laksa. Siapa lah yang tak suka kan. Rasanya yang pedas pedas masam, dengan aroma ikan yang harum diselangseli dengan aroma bunga kantan, dan daun kesum. Sesetengah tempat ada yang letak serai, lengkuas dan macam macam lagi. Tak tau pula dari mana asal nya laksa. Setiap negeri ada version nya masing masing. Yang pekat, yang bersantan, yang cair.  Ada dua versi laksa di Kedah ni. Kalau di penang, terkenal dengan laksa lemak nyonya yang pekat dan macam macam ditaruh dan laksa asam yang berkuah cair dan dimakan dengan otak udang yang manis. Di kedah juga sama. Ada laksa tradisional kedah yang kuah nya warna putih. Sebab kuah nnya putih kerana mengunnakan ikan kembung (selalunya yang kecil-kecil tu) dan cili padi kampung instead of using cili kering. Dalam kuah ada masuk daun kesum, bunga kantan (ada version yang tak letak) dan serai diketuk. Laksa ni dimakan dengan pelbagai jenis ulaman seperti daun putat, daun ulam raja, dan daun selom.

Satu jenis lagi laksa kedah, yang biasanya akan dijumpai di kedai kedai sekitar kedah ialah asam laksa versi kedah. Agaknya dipengaruhi oleh asam laksa cina penang, tetapi dimelayukan dan disesuaikan rasa orang disini. Kuahnya kena pakai ikan sardine fresh dan menggunakan cili kering, tahap kepekatan antara pekat dan cair, sedang sedang sahaja dan garnishing nya pun dah tak pakai ulam. Sekadar timun, daun salad, bawang dan limau.

Apa pun kedua dua versi laksa tu saya suka ;)

image (30)

Asam Laksa Kedah (my mom's version)

Laksa kasar kering (direndam semalamam). Esoknya rebus sehingga lembut
1 kg Ikan sardine fresh – rebus dengan garam dan asam keping. Air rebus tu simpan. Ikan diperisi dan ditumbuk. Optional - Tulang dan kepala dikisar sehingga halus, pakai penapis plasti, tapis kisaran tulang ikan. Ambil airnya. Rasionalnya tulang tu bagi kemanisan kepada kuah laksa...
2 cawan cili kering kisar dengan 2 bawang besar dan sedikit belacan – kalau tak suka pedas boleh kurangkan
2 bunga kantan
Se ikat daun kesum
Asam keping

Caranya :
Masukkan air rebusan ikan, air tulang ikan, isi ikan yang ditumbuk dan cili yang dikisar. Masukkan asam keping dan biarkan kuah mendidih. Boleh tambah air kalau terlalu pekat. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Garam secukup rasa. Rebus seketika sehingga cili masak – hilang bau cili dan bawang yang kuat tu. Kalau nak sedap kena prepare awal awal supaya kuah lebih sebati.

Hidangkan dengan telur rebus, daun salad atau ulam yang dipotong halus, timun, bawang dan limau.

Tips : Sediakan kuah laksa malam sebelum dimakan esoknya atau disediakan pagi sebelum dimakan pada tengahari. kuahnya lebih sebati, dan beraroma. Kuahnya tidak mudah basi. kalau ada baki kuah, boleh difrozenkan. Nanti nak masak laksa, tak payah susah susah buat kuah :)