Monday, 18 November 2013

Banana Cake

Siapa yang tak suka kek pisang kan, especially yang homemade punya. Like me, I love cake ala ala bundt cake ni makan panas panas wash down dengan coffee atau teh.

DSC_3328

DSC_3336

The original recipe it called BANANA BREAD. I really dont know the difference between Banana Bread and Banana Cake. But this cake is worth try. 

The verdict, kek nya lembut dan lebih sedap dimakan panas panas. Lebih  lama simpan selepas dibakar kek jadi lebih moist dan harum.

Ramai yang tak suka buat kek pisang sebab selalunya selalu rasa soda bikarbonat yang terlalu kuat dalam cake. Tak sure pulak kek lain yang pakai soda ni, tak ada pula masalah ni. Semoga tips berikut dapat membantu.

1. Jangan terlebih letak soda bicabornate sebab menjejaskan rasa kek. Invest lebih sikit beli soda bicarbonat yang bagus sebab yang murah tu rasa kuat sgt. Pakai sudu pengukur bukan sudu biasa kat dapur kita tu. Baru tak terlebih ukur soda bicarbonate.

2. Pakai pisang yang berbau harum wangi seperti pisang berangan. jangan guna esen perisa pisang. Tak sedap. Pakai esen perisa almond sesuai digadingkan dengan pisang atau kalau takde boleh je guna esen vanilla biasa. Kalau dah letak pisang dalam tu buat apa nak perasa tiruan lagi?


DSC_3334

Oklah here is the recipe. ;)

Resepi : BANANA BREAD / BANANA CAKE

BAHAN-BAHANNYA
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/3 camca teh garam halus*
3/4 camca teh soda bicarbionate
*Diayak bersama sama

3 biji pisang berangan (dilecek pakai garfu jgn hancur sgt ye)
2 biji telur gred B
1 sudu kecil almond flavor / esen vanilla
3/4 cawan gula caster - saya kurangkan kepada 1/2 cawan sebab nak kurang manis
1/3 cawan mentega cair / minyak sayur

CARA MEMBUATNYA
Panaskan oven pada suhu 180C, dalam satu bekas, satukan telur, gula, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, Butter cair, esen pisang. Kacau rata.
Masukkan tepung yang telah diayan bersama bahan2 yang bertanda (*), tadi, gaul pantas hingga sebati, jangan gaul lama2.
Tuang dalam acuan dan bakar sehingga masak.

Bubur Asyura Kedah

DSC_3249

Selama ni, ingatkan bubur Asyura ni sama di setiap negeri. Rupanya lain lain. Orang Kedah pangil Bubur Sora (singkatan untuk Asyura). Untuk yang diluar Kedah yang berminat nak cuba boleh la cuba resepi ni. Rasanya seperti bubur kacang cuma ianya beku seperti pudding dan dalam nya ada pisang, keledek, dan berbagai jenis kacang seperti kacang kuda, kacang merah dan kacang tanah. Tetapi bahan bahan penting ialah tepung beras dan kacang hijau. Bahan sampingan pula boleh dipelbagaikan, seperti kacang merah, kacang tanah, keledek putih atau unggu, nangka, cempedak dan yang paling best adalah durian.

DSC_3243

 DSC_3219 

Bubur Asyura Kedah
Untuk dapat 2 talam sederhana
Bahan-bahanya :
4 cawan tepung beras
1 1/2 cawan kacang hijau - direbus sehingga lembut. Tapis dan simpan air.
3 kotak santan (boleh pakai santan segar lagi sedap)
gula pasir ikut manis - saya guna 2 1/2 cawan untuk kurang manis
gula merah - tak pakai, kalau pakai warna akan gelap sikit
1 tin jagung dalam tin
4 biji pisang berangan (atau pisang apa pun boleh) dipotong kecil
2 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak dan tapis

Cara cara :
Pictures

1. Campurkan santan kotak dalam satu bekas. Campurkan air rebusan kacang hijau dan air masak dengan santan tadi. jadikan semuanya kira kira 10 cawan air + santan. Campurkan 2 sudu kecil garam dalam santan tadi. Kacau rata. Campurkan tepung beras dan gula. Kacau sehingga gula larut. At this point boleh rasa tahap kemanisan yang kita nak..

2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam periuk atau kuali. Buka api perlahan dan kacau sehingga bancuhan hampir mendidih. Masukkan keledek, kacang hijau rebus, jagung dan kacau berterusan sehingga pekat dan keledek masak sepenuhnya. Boleh tambah air jika rasa adunan pekat, berketul dan susah nak kacau. Saya ada tambah air sebanyak 2 cawan sebab macam pekat sgt.

3. Bila tepung dah nampak berkilat, tandanya dah masak. Cuba letak diatas piring, adunan tepung akan beku dan tak melekat tandanya dah masak. Akhir sekali masukkan pisang atau buah lain yang lembut seperti nangka, durian dan sebaginya. Kacau seketika lagi beberapa minit dan tutup api. Tuang dalam bekas dan biarkan bubur sejuk sebelum dipotong.

Sunday, 17 November 2013

Kuih Ketayap

Kuih Ketayap, atau disesetengah negeri dipanggil kuih dadar.
DSC09804

DSC09845

DSC_2273


Inti Kelapa Gula Merah.
Inti kelapa ni bukan sahaja boleh dijadikan sebagai inti kuih ketayap. Boleh juga dijadikan inti kuih pau, inti karipap (versi manis) dan boleh dimakan dengan pulut kukus. Lebihkan palm sugar kalau untuk dimakan bersama pulut.

Bahan-bahanya:
1 biji kelapa parut bahagian putih sahaja
1/2 cawan palm sugar diparut (atau lebih kalau tak manis) - boleh juga guna brown sugar atau gula merah serbuk
2 sudu besar gula (atau lebih kalau tak manis)
2 helai daun pandan
sedikit air untuk larutkan gula
Caranya, Palm sugar atau gula kabung tu diparut dengan pisau sehingga hancur. Campurkan gula kabung, gula putih, daun pandan dan air secukupnya untuk melarutkan gula. Masak seketika atas api perlahan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan terus kacau sehingga air gula kering.

Pictures1

DSC_2277

Untuk kuih dadarnya, agak tricky juga nak dapatkan dadar ketayap yang lembut, gebu dan tahap ketebalan yang sesuai. Try and error skilss diperlukan. Cuba bancuh adunan tepung ikut resepi dulu, buat sekeping, dan cuba rasa. Kalau keras, tambah air. Kalau terlalu lembut, nipis dan susah nak menggulung, boleh tambah sedikit tepung. Yang saya buat ni 2 kali adjust tambah air, dan dapat lah kuih dadar yang gebu, lembut, nipis dan sedap!!

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu kecil pewarna/perasa pandan jenama nona
2 cawan air - masuk sedikit2 dan adjust ikut kelembutan crepe ketayap... kadangkala jenis tepung kita pakai tak sama, takut jadi cair pulak.. masak sekeping dulu dan rasa, kalau keras boleh tambah air atau susu)
1 cawan susu / santan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak minyak untuk kuali dan seikat daun pandan sebagai berus

Campurkan semua bahan bahan  dan guna whisk untuk memukul sehingga sebatu dan dadarkan diatas kuali.

Pictures2

Sup Tulang dan kebaikannya

 Raya haji lepas kan tak dapat balik kampung husband sebab urusan kerja. Terlepas tengok kerbau ditumbangkan. Terlepas la jugak sup tulang kerbau yang ditunggu tunggu tu... Jadi a week after raya, DH datang kesini dengan tulang kerbau dan daging kerbau korban hari tu. My mother in law kat rumah ada peti sejuk beku yang besar tu. Tahap bekunya memang sangat baik. Bila DH dah sampai kedah pagi pagi, masih elok lagi beku. It took another 2 hours to thaw it out!! feww power betul.

Hari tu juga, lepas thaw, my mom rebus tulang selama 2 jam lebih. Untuk mendapatkan sup tulang yang sedap, masa rebus tak perlu letak banyak bahan. Cukup sekadar halia, sedikit lada hitam dan bawang besar dibelah belah. Rebus sehingga lembut, barulah masukkan bunjut sup untuk mewangikan sup. Akhir sekali tabur  daun sup dan tutup periuk ;)

DSC_2646


Ramai yang cakap, sup tulang ni tak berbahaya ke makan? Jawapanya dah makan pun setahun 2-3 kali atau during raya korban, nak bahaya apa kan? jangan pula makan hari hari terutama yang di kedai. Sebab kandungan MSG yang diletak tu lah yang membahayakan bukan lah daging dan tulang tu.

Bone broth atau air rebusan tulang sangat baik sebenarnya untuk tubuh badan. Air rebusan tulang kaya dengan mineral dan vitamin sebab ianya disedut keluar semasa proses merebus yang lama. Air rebusan tulang boleh memulihkan penghadaman, keradangan, sakit sendi, lemah tubuh badan akibat deman, memanaskan badan (apabila ianya ditambah herba-herba didalamnya). Ianya tinggi dengan amino acids prolyn dan glicyn yang penting untuk tisu hubungan (connective tissue) didalam badan terutama organ organ badan kita.

Untuk mendapat kebaikan air rebusan tulang, tidak semestinya kita menggunakan tulang lembu, kerbau atau kambing. Tulang ayam juga boleh digunakan.

 DSC_2663

Sunday, 10 November 2013

They grow up so fast!!

My baby furkids were about 8 months old now.  We got the two of them on June, from DH's friend.

 One day they'll sleep for 24 hours, the next three they'll be on a cocaine-like frenzy, bouncing off the walls and lompat sana sini,  kacau Mak Tok (my mom) nak masak.. They are getting noticeably bigger now too, and is so curious and inquisitive. They keep getting lost in the house, and outside the house too. Risau kena kidnap je dengan budak budak. Selalu doa, jgn lah hilang lagi.

That big, giant black furrball is Shade Dempoi (Dempoi gemuk sangat sebab suka makan). And the hyperactive and cheeky with grey strips is Grey Nyonyot (suka nyonyot baju orang).

Comel kan budak budak 2 ekor ni. My Mom, adik adik pun dah sayang sangat. My mom treat them macam cucu sendiri hehehe...

DSC03058ed

DSC03065ed

DSC03078ed

DSC_2420 

The picture below is the one I took the day we brought them home.  They was so small and sweet and precious ....
DSC02108ed
    DSC01970ed

DSC01978ed
  DSC01904ed

DSC01951ed

Saturday, 9 November 2013

Rosselle Bread Puding

My previous article about Rosselle flower HERE.

We got the anak pokok from my mother in law. Pokoknya sangat senang membiak. Senang dijaga. Tahu tahu je , we end up with a lot of rosselle flowers at home. Mom will make syrup out of it. Sedap! And the syrup pula now dah terlalu banyak dalam freeze,so terfikirlah bread pudding and rosselle syrup.. why not lah kan? Kalau mat salleh can have their bread pudding with raspberry sauce such a great combination, rosselle pun dah good enough, kind of berry jugak kot hehehe


DSC00072

This is the cheated cheap ribena made from roselle syrup hehehe... yes the taste just like ribena..
DSC09853

This is the flower, we only used the calyx, boiled with water and sugar. The calyx will produced the natural red in color and ribena flavour syrup..
DSC09851

The bright red color is extracted from the flower! merahnya mak ngah! 
DSC00084

DSC00068

Here is the recipe.. cuba lah k... :)

Roselle Bread Pudding
5-6 keping roti putih dipotong kiub
1 Cawan fresh milk
2 biji telur
2-3 sudu besar gula
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan
Sedikit garam
Sirap bunga roselle secukupnya. Boleh ganti dengan sirap strawberry, apa apa jenis sirap, atau jem strawberry atau apa apa jem

Cara buat sirap roselle :
Asing biji roselle dibahagian tengahnya.
1 mangkuk bunga roselle direbus bersama 1 mangkuk gula pasir dan dengan air secukupnyasehingga mendidih dan menjadi sirap.

Cara-caranya :
Roti yang dipotong kiub direndam selama 3-4 jam atau sehingga roti lembut.  Pukul telur guna pemukul tangan, masukkan gula, garam dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga gula hancur dan sebati. Masukkan mentega cair dan pukul lagi sehingga sebati.




Campurkan adunan telur dengan roti yang direndam tadi. Kacau rata. Lengserkan acuan sederhana besar dengan mentega. Tuang adunan ke dalam acuan. Tuang kan sirap rossele sedikit keatas adunan dan buat putaran seperti bentuk marble.

Bakar pada suhu 170C selama 30-40 minit sehingga masak dan pudding keras.

Potong dan hidangkan dengan sirap rosselle sebagai sosnya. Puding ni rasa sedikit kurang manis sebab sirap rosselle tu sudah manis.

Daging Merah Rose

Resepi yang simple ni dapat dari kedai makanan Thai. Simple dan mudah.

  DSC09857

DSC_2520

Daging Merah Rose
Bahan-bahan
1 kg daging lembu dipotong nipis
1 botol pewarna berperisa rose - jgn masuk sebotol, cukup memerahkan daging
lada hitam dan lada sulah
3 sudu besar kicap cair - boleh juga pakai garam
Halia muda yang diparut kasar
Bawang putih dicincang
Perap semua  bahan diatas semalaman atau at least 3-4 jam

Sedikit minyak untuk menumis
Bawang putih dicincang
Cili padi diketuk
Sedikit sos tiram
2 bawang besar - dipotong tebal dan besar.
3 batang daun bawang dipotong
Tomalo dibelah 
Boleh juga masuk sayuran lain seperti kacang panjang, brocoli, kubis bunga dan carrot

DSC_2484

DSC_2493

Panaskan minyak. tumis bawang putih dan cili padi yang diketuk. Kemudian masukkan daging, dan biar daging masak dengan menutup kuali. Sekala sekala dikacau. Masukkan sos tiram. Boleh tambah pewarna rose at this point kalau daging nampak pucat.

Masukkan garam secukup rasa. Apabila daging masak, masukkan bawang besar dipotong dadu dan biarkan layu sedikit. Akhir sekali masukkan sayur sayuran yang dipotong. Kacau seketika dan angkat.