Sunday 17 November 2013

Kuih Ketayap

Kuih Ketayap, atau disesetengah negeri dipanggil kuih dadar.
DSC09804

DSC09845

DSC_2273


Inti Kelapa Gula Merah.
Inti kelapa ni bukan sahaja boleh dijadikan sebagai inti kuih ketayap. Boleh juga dijadikan inti kuih pau, inti karipap (versi manis) dan boleh dimakan dengan pulut kukus. Lebihkan palm sugar kalau untuk dimakan bersama pulut.

Bahan-bahanya:
1 biji kelapa parut bahagian putih sahaja
1/2 cawan palm sugar diparut (atau lebih kalau tak manis) - boleh juga guna brown sugar atau gula merah serbuk
2 sudu besar gula (atau lebih kalau tak manis)
2 helai daun pandan
sedikit air untuk larutkan gula
Caranya, Palm sugar atau gula kabung tu diparut dengan pisau sehingga hancur. Campurkan gula kabung, gula putih, daun pandan dan air secukupnya untuk melarutkan gula. Masak seketika atas api perlahan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan terus kacau sehingga air gula kering.

Pictures1

DSC_2277

Untuk kuih dadarnya, agak tricky juga nak dapatkan dadar ketayap yang lembut, gebu dan tahap ketebalan yang sesuai. Try and error skilss diperlukan. Cuba bancuh adunan tepung ikut resepi dulu, buat sekeping, dan cuba rasa. Kalau keras, tambah air. Kalau terlalu lembut, nipis dan susah nak menggulung, boleh tambah sedikit tepung. Yang saya buat ni 2 kali adjust tambah air, dan dapat lah kuih dadar yang gebu, lembut, nipis dan sedap!!

Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu kecil pewarna/perasa pandan jenama nona
2 cawan air - masuk sedikit2 dan adjust ikut kelembutan crepe ketayap... kadangkala jenis tepung kita pakai tak sama, takut jadi cair pulak.. masak sekeping dulu dan rasa, kalau keras boleh tambah air atau susu)
1 cawan susu / santan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak minyak untuk kuali dan seikat daun pandan sebagai berus

Campurkan semua bahan bahan  dan guna whisk untuk memukul sehingga sebatu dan dadarkan diatas kuali.

Pictures2

No comments:

Post a Comment