Friday, 6 September 2013

Peringatan Untuk Diri Sendiri


Ya Allah, betul sangatkan. Kadang-kadang kita merungut itu dan ini, tapi tak tahu, yang Allah dah bagi segalanya yang kepada kita, tapi kita masih tak nampak anugerah Nya sebabkan kita selalu merasakan hidup ni tak cukup selagi tak dapat apa yang kita nak!

Bila merungut tentang Long Distance Marriage ni, kadang kala kita lupa ada sebab Allah put us in this situation. Why? Hanya Dia yang tahu. Kita sebagai hamba Nya hanya patuh , dan redha, dan selebihnya tawakal sahaja selain berdoa kepada Nya agar diberi kekuatan.

Perasaan tu datang bercampur-campur, bukan diminta bukan kita yang menjempuntnya, tapi sebab kita juga manusia, nak rasa sempurna, nak rasa bahagia melihat orang lain bahagia..

Sedangkan kita tak sedar, ada yang perkahwinan diuji bermacam-macam ujian yang lebih berat, ada yang suami curang, anak sakit, isteri derhaka,  jadi apa lah sangat dugaan suami tinggal jauh dan kadang kala jumpa sebulan sekali dua...

Ada yang fikir, baik lah tak kahwin kalau nak tinggal jauh jauh macam ni, tapi tahukah kita, solat orang berkahwin, solatnya 70 kali lebih baik dari orang bujang. Setiap apa yang kita lakukan, dengan ikhlas untuk suami, untuk keluarga semuanya dikira. Perkahwinan mendekatkan diri kepada Allah. Kita rasa tenang, tak perlu fikir hal nak pergi dating, masalah percintaan dan sebagainya. Kita fokus kepada amal ibadat untuk menjadi suami isteri bersama di syurga kelak.

Apa pun, ingat lah walau bagaimana jauh pun suami kita tu, Allah dekat dengan kita, sentiasa berdoa agar suatu hari adalah rezeki kat mana mana untuk tinggal sebumbung!

Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang selalu sedih ini memikirkan nasib duduk jauh jauh dengan suami :(



1 comment:

  1. Dan peringatan utk Vee jugaa, yang sedang kecewa ditinggal kekasih :( Dh dua bulan putus, tapi still nangis cam budak kecik. Kdg2 tu rasa okay, tp bila dengar lagu cinta, tgk couple kat depan, mmg rasa sedih. Like what you said, bukan kita yang minta nak rasa gitu tp kita manusia biasa je kan..

    Strong reminder to myself that everything happens according to HIS will. If it is meant to be, then it will. Knp semua ni mcm ni, hanya TUHAN yang tahu kan.. Dan disebalik setiap kekecewaan, adanya kebahagiaan yang berlipat kali ganda.

    Thanks for this post, akak <3

    ReplyDelete