Hari tu juga, lepas thaw, my mom rebus tulang selama 2 jam lebih. Untuk mendapatkan sup tulang yang sedap, masa rebus tak perlu letak banyak bahan. Cukup sekadar halia, sedikit lada hitam dan bawang besar dibelah belah. Rebus sehingga lembut, barulah masukkan bunjut sup untuk mewangikan sup. Akhir sekali tabur daun sup dan tutup periuk ;)
Ramai yang cakap, sup tulang ni tak berbahaya ke makan? Jawapanya dah makan pun setahun 2-3 kali atau during raya korban, nak bahaya apa kan? jangan pula makan hari hari terutama yang di kedai. Sebab kandungan MSG yang diletak tu lah yang membahayakan bukan lah daging dan tulang tu.
Bone broth atau air rebusan tulang sangat baik sebenarnya untuk tubuh badan. Air rebusan tulang kaya dengan mineral dan vitamin sebab ianya disedut keluar semasa proses merebus yang lama. Air rebusan tulang boleh memulihkan penghadaman, keradangan, sakit sendi, lemah tubuh badan akibat deman, memanaskan badan (apabila ianya ditambah herba-herba didalamnya). Ianya tinggi dengan amino acids prolyn dan glicyn yang penting untuk tisu hubungan (connective tissue) didalam badan terutama organ organ badan kita.
Untuk mendapat kebaikan air rebusan tulang, tidak semestinya kita menggunakan tulang lembu, kerbau atau kambing. Tulang ayam juga boleh digunakan.

wuih keliurnyaaaa
ReplyDelete