Option paling bagus ialah membeli brownies mix in box. Ni beli jenama NONA. Tak berapa sedap macam brownies yang dibuat sendiri, tapi nak hilangkan craving tu boleh lah kan.. Just jazz up a bit, I added cream cheese swirl on top of the brownies. Again, I made a big mistake by putting the oven on high temp, the cheese swirl burn sikit, tak nampak swirl nya. Again, sebab ianya brownies mix from box, tak rasa regret sangat :D. Kalau brownies yang start from scratch buatnya mau tension!
Kalau beli apa apa kek mix in box, especially cake chocolate, boleh ikut tips berikut untuk mendapatkan kek yang lebih sedap dengan perisa yang berlainan.
Untuk kek mix kek coklat atau brownies mix:
1. Untuk mendapatkan rasa coklat yang sedap, tambah satu sudu kecil nescafe. Nescafe atau coffee dapat menyerlah rasa coklat.
2. Boleh ditambah chocolate chips ke dalam batter
3. Boleh ditambah kekacang seperti badam atau walnut dicincang kedalam batter
4. Tambah sedikit garam untuk memberi rasa lemak kepada cake atau brownies
5. Selalu cake mix resepinya hanya perlu tambah minyak dan telur atau air. Gantikan minyak dengan butter yang dicairkan dengan sukatan yang sama seperti arahan di kotak. Untuk air boleh gantikan dengan susu, atau jus oren.
Untuk cake mix perisa vanilla atau butter cake :
1. Boleh tambah creme cheese yang dipukul bersama telur dan gula. kemudian putarkan adunan kedalam butter dengan pisau (swirl)
2. Boleh tambahkan jus oren, atau sebarang jus buah, untuk mendapatkan kek berperisa. Boleh juga tambah perisa pandan, strawberry atau apa apa sahaja perisa instant.
3. Boleh tambahkan campuran buah buahan kering yang dipotong dadu dan direndam semalam didalam jus oren. Jadilah kek buah :D
4. Selalu cake mix resepinya hanya perlu tambah minyak dan telur atau air. Gantikan minyak dengan butter yang dicairkan dengan sukatan yang sama seperti arahan di kotak. Untuk air boleh gantikan dengan susu, atau jus oren.
5. Tambah sedikit garam untuk memberi rasa lemak kepada cake.
Belajar tips ni pun dari pembuat kek komersial. Kebanyakan kek yang kita order homemade sebenarnya adalah dari cake mix in box. Cuma mereka pandai mengolah dan mengedit cake mix tu menjadi sedap dan dihias pula cantik cantik. Sekotak cake mix baru berapa RM8-RM10 dan bandingkan berapa harga kita bayar untuk sebiji kek!! :D
No comments:
Post a Comment