Friday, 8 November 2013

Macaroni Goreng

Technically its not macaroni yang digoreng, tapi teknik yang betul adalah menggaul macaroni yang telah direbus al dente (sedikit keras) dengan sos yang yang sedang dimasak seketika diatas api dan tutup. Macaroni akan menyerap sos lebihan kedalam dan melembutkannya. Bukan lah kita menggoreng macaroni tersebut seperti kita goreng nasi!! Whatever it is, kita dah synonym dengan panggil macaroni macam ni macaroni goreng hehehe. Saya dah try goreng (buat ala ala goreng char kuey teow), memang hancus!


  DSC00029

Resepi sangat senang. Masak pun pejam mata je. Enjoy cooking!

Macaroni in Tomato Sauce

Bahan-bahan :
1 packet Macaroni elbow saiz sederhana
1 cawan mix vegetables
3 keping daging Burger RAMLY- dipotong dadu dan digoreng separuh masak dengan sedikit minyak. Proses ni nak keluarkan minyak dalam daging burger yang extra banyak tu. Boleh juga pakai daging fresh yang dicincang  kasar.
4 batang sosej - dipotong dadu atau nipis
1/2 cawan tomato puree
satu biji tomato - dipotong dadu
4 bawang putih dicincang
1 bawang besar dicincang dadu
Minyak zaitun untuk menumis - boleh je pakai minyak masak biasa, tapi kalau minyak zaitun boleh pakai banyak sebab healthy he he he
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili - untuk sedikit rasa manis
Sedikit italian herbs - kalau suka.
Sedikit serbuk cili - ditabur jika nak pedas
Garam secukup rasa

Cara :

Rebus spaghetti dengan air sehingga al dente. (lembut diluar tetapi bila gigit masih rasa tepung keras sikit didalam). Tapis dan simpan air rebusan untuk kuahnya. Gaul macaroni yang direbus dengan sedikit minyak zaitun supaya tak melekat.

Tumis bawang putih, masukkan sosej dan goreng sebentar. Masukkan tomato puree, tomato cincang, sos tiram, sos cili dan sos tiram. Masukkan sedikit air rebusan macaroni tadi sekiranya terlalu kering. Masukkan daging burger, bawang besar cincang dan mix vegetables. Biar sehingga kuah meresap kedalam daging dan sosej tadi. Tambah air rebusan jika perlu. Kuah perlu sedikit berair. Fungsi air rebusan macaroni ialah supaya kuah lebih pekat dan sedap. Chef Giada De Laurentis yang cakap la. :D

Akhir sekali masukkan macaroni yang direbus tadi dan gaul seketika, sambil masukkan air rebusan jika kuah terlalu kering, biar seketika. Its ok kalau agak berair sedikit. Ianya akan kering dan meresap ke dalam pasta kemudian dan menjadi lebih sedap!

No comments:

Post a Comment