Laksa. Siapa lah yang tak suka kan. Rasanya yang pedas pedas masam, dengan aroma ikan yang harum diselangseli dengan aroma bunga kantan, dan daun kesum. Sesetengah tempat ada yang letak serai, lengkuas dan macam macam lagi. Tak tau pula dari mana asal nya laksa. Setiap negeri ada version nya masing masing. Yang pekat, yang bersantan, yang cair. Ada dua versi laksa di Kedah ni. Kalau di penang, terkenal dengan laksa lemak nyonya yang pekat dan macam macam ditaruh dan laksa asam yang berkuah cair dan dimakan dengan otak udang yang manis. Di kedah juga sama. Ada laksa tradisional kedah yang kuah nya warna putih. Sebab kuah nnya putih kerana mengunnakan ikan kembung (selalunya yang kecil-kecil tu) dan cili padi kampung instead of using cili kering. Dalam kuah ada masuk daun kesum, bunga kantan (ada version yang tak letak) dan serai diketuk. Laksa ni dimakan dengan pelbagai jenis ulaman seperti daun putat, daun ulam raja, dan daun selom.
Satu jenis lagi laksa kedah, yang biasanya akan dijumpai di kedai kedai sekitar kedah ialah asam laksa versi kedah. Agaknya dipengaruhi oleh asam laksa cina penang, tetapi dimelayukan dan disesuaikan rasa orang disini. Kuahnya kena pakai ikan sardine fresh dan menggunakan cili kering, tahap kepekatan antara pekat dan cair, sedang sedang sahaja dan garnishing nya pun dah tak pakai ulam. Sekadar timun, daun salad, bawang dan limau.
Apa pun kedua dua versi laksa tu saya suka ;)
Asam Laksa Kedah (my mom's version)
Laksa kasar kering (direndam semalamam). Esoknya rebus sehingga lembut
1 kg Ikan sardine fresh – rebus dengan garam dan asam keping. Air rebus tu simpan. Ikan diperisi dan ditumbuk. Optional - Tulang dan kepala dikisar sehingga halus, pakai penapis plasti, tapis kisaran tulang ikan. Ambil airnya. Rasionalnya tulang tu bagi kemanisan kepada kuah laksa...
2 cawan cili kering kisar dengan 2 bawang besar dan sedikit belacan – kalau tak suka pedas boleh kurangkan
2 bunga kantan
Se ikat daun kesum
Asam keping
Caranya :
Masukkan air rebusan ikan, air tulang ikan, isi ikan yang ditumbuk dan cili yang dikisar. Masukkan asam keping dan biarkan kuah mendidih. Boleh tambah air kalau terlalu pekat. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Garam secukup rasa. Rebus seketika sehingga cili masak – hilang bau cili dan bawang yang kuat tu. Kalau nak sedap kena prepare awal awal supaya kuah lebih sebati.
Hidangkan dengan telur rebus, daun salad atau ulam yang dipotong halus, timun, bawang dan limau.
Tips : Sediakan kuah laksa malam sebelum dimakan esoknya atau disediakan pagi sebelum dimakan pada tengahari. kuahnya lebih sebati, dan beraroma. Kuahnya tidak mudah basi. kalau ada baki kuah, boleh difrozenkan. Nanti nak masak laksa, tak payah susah susah buat kuah :)
No comments:
Post a Comment