Monday, 4 November 2013

Nasi Goreng Kampung

Senang je cara nak buat. Untuk 3 cawan nasi, tumbuk segenggam ikan bilis, 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 3-4 biji cili api, dan sedikit belacan. Tumbuk kasar jangan terlalu hancur.

Tumis bahan yang ditumbuk tadi dengan sedikit minyak, biarkan wangi dan garing, boleh masukkan isi ayam atau udang juga. Pecah telur dan masukkan nasi. Biar seketika hingga nasi garing sedikit. Akhir sekali boleh masukkan kangkung, kubis atau kacang panjang. I like to have my naso goreng kampung with kubis beijing yang hijau. :)

Ni nasi goreng semasa breakfast pagi tadi.


Hari tu DH datang, dia makan nasi goreng kampung ni dengan sup tulang. Sedap sangat katanya.. :D

No comments:

Post a Comment