2014 hampir tiba. Sepanjang 2013 banyak perubahan berlaku pada diri ini. Tahun lepas, ada dugaan ujian dalam persahabatan. Tahun ni ujian istiqamah dan mendekatkan diri dengan Allah. Mengenali Pencipta, mengenali Rasulullah dan cuba mempraktikkan sunnah. Cukup susah rupanya bila nak beristiqamah ni. Senang berkata-kata, susah perlaksanaanya.
Selepas arwah ayah meninggal, Rasa kehilangan. Satu tanggungjawab besar jatuh ke bahu dan aku jatuh terduduk diam tak terkata. Pemergianya tiba tiba. Dalam sedih, sepi, hidup perlu diteruskan. Dalam kesamaran, dalam kegelapan mengurus itu dan ini, tanah, bendang, urusan adik adik, pada masa yang sama, emak pula tak berapa sihat, berulang ke hospital setiap bulan, masa tu Hospital di Kangar, bila pindah rumah baru di Jitra, Perjalanan ke Kangar jadi jauh. Urusan pindah ke Hospital Alor Setar makan masa juga dekat 6 bulan. Dah tukar hospital Alor Setar, of course ada routine follow up sebab bukan senang hospital nak take over kes pesakit dari hospital lain. satu hal pula ke hospital alor setar saban minggu. Ketika itu, sabar dan sabar. Mana nak handle family, nak ulang alik ke hospital, ulang alik hantar adik ke sekolah (sometimes rotate dengan my brother) dan ulang alik ke ipoh. Tanggung jawab kepada ibu, tanggung jawab dan amanah dari ayah kepada adik semua penting, semua patut dituruti. Suami pula jauh masa tu.
Kadangkala rasa sedih tiada abang, tiada kakak untuk mengadu dan bergantung. Semua buat sendiri.
Bila ada yang menghulurkan alam persahabatan, disaat saat kita memerlukan persahabatan diterima dengan tangan terbuka. Masa tu ada kawan yang macam kakak sendiri dan juga abang sendiri. Seronoknya dapat keluar sekali sekala, release tension. Ada kakak dan abang yang memahami diri ini dan terima seadanya. Tiba tiba teman yang dianggap seperti kakak yang disayang yang menjadi tulang belakang hilang pergi. Beberapa bulan selepas tu kehilangan pula teman yang dianggap abang, yang selama ni masing2 bergantungan. Masing-masing punya masalah. Masing-masing mengadu masalah… menjadi pendegar setia saban hari. Hilang begitu sahaja meninggalkan cacian dan kata nista, fitnah menjadi taruhannya. Cakap sahaja nak tamatkan persahabatan, kenapa perlu memfitnah itu dan ini?. Period.
Lupakan drama diatas, I try to find the strength dengan kaki sendiri. Cuba hiburkan diri dengan hobby photography. Alhamdulillah membantu. Sangat membantu. Hidup diteruskan seperti biasa. Berulang alik antara Kedah-Perak, rumah-office, rumah –sekolah, rumah-hospital sedar sedar je kekuatan itu datang dengan sendirinya.. Setiap hari mengadu pada Allah, benar kata orang, semakin kita kerap merintih kepada Nya Ya Rahman Ya Rahim, kita semakin dekat, semakin mengenali Nya, semakin kasih dan sayang kepada Nya.
Bermula lah episod mengenali Sang Pencipta yang maha Agung. Terasa diri ini sangat kerdil. Sangat lemah tetapi diberi kekuatan dalaman yang cukup.
Alhamdulillah tahun ni emak dah semakin sihat, Cuma sesekali ke hospital untuk follow up dan check up. Dan tahun ni banyak berulang alik ke Perak sebab husband menetap disana. Irfan pula sekarang akan habis SPM dalam beberapa hari.
Alhamdulillah, syukur. Allah adalah sebaik baik perancang. Dalam perancangan Nya yang maha hebat, dia rupanya mahu aku menjadi hamba Nya yang tawaduk, yang diredhai Nya. Lantas Dia menjauhkan diri ini dari segala-gala anasir dan pengaruh yang tidak baik. Bila diingatkan balik perkara silam, sekarang aku jadi diri sendiri, tak ikut cakap orang lain, boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, dan aku banyak habiskan masa dengan keluarga. Kalau dulu seringkali masa dihabiskan melepak di mamak dan berbual kosong perkara tak berfaedah. Kini setiap masa dan perbualan terisi dan berisi. Syukur atas rahmat Allah. Kadangkala kita tak sedar Rahmat Allah disebalik semua perkara dan peristiwa.
Perjalanan masih jauh, perjuangan masih belum selesai. Banyak perkara perlu diubah. Perlu Istiqamah dengan lebih kuat. Aku masih belum sempurna.
As the quote above, for me keduanya sekali. Yes I change because, I learned a lot, and yes I have been hurt so much....
Sejujurnya.. diri ini memerlukan abang dan kakak sebagai pembimbing. Masih mencari dan akan terus mencari..... kali ini sebagai pembimbing menuju kearah mencari keredhaan Allah Swt. Salah aku sendiri juga dulu, berkawan untuk keseronokan bukan kerana Allah. And I realize now, good people are hard to find, so treasure them. IsyaAllah, I'll find them one day...
My advice for those yang hidup sempurna dikelilingi orang tersayang, ada kakak, ada abang, ada adik, ada ayah dan ibu, ada kawan yang setia, Recognize when you have good people in your life and treat them right. Don't take out your frustrations on those that love you and would do anything for you...
Yours truly...
Eny Abdullah
No comments:
Post a Comment