Friday 7 March 2014

Gulai Atau Masak Lemak?

20140131_120823ed

Dibesarkan di Kedah dan sehingga kini masih tinggal di Kedah, gulai bagi saya adalah kari melayu. Kari melayu ni selalunya agak light sikit dan lebih berlemak tetapi kurang berempah dan sememangnya agak berbeza dengan kari mamak atau indian curry yang pekat dan kaya dengan rasa rempah dan agak masam kadangkala disebabkan pengunaan yogurt.

Tetapi selepas berkahwin dengan DH, orang Perak, baru lah tahu yang Gulai di Perak merujuk kepada kuah lemak cili padi. Kalau di Kedah dipanggil Masak Lemak ( tak pasti pula sama ke tak dengan Masak Lemak Cili Padi versi Negeri Sembilan) tetapi masak lemak di Kedah boleh pakai sebarang cili dan diletak bawang dan serai dikisar sekali dengan cili. Tetapi Gulai di Perak bukanlah macam kari, looks like masak lemak cuma serainya dititik (bruised) dan bahan kisaran hanyalah cilipadi dan bawang.

Pening kan.. kalau tak faham tak apa :D

Anyway, ni resepi dari En. Mat Gebu. Terima Kasih for the recipe. Resepi from HERE. Memang menjadi sedap.

20140131_113919ed

20140131_114612ed

 Saya masak kan untuk DH, dan dia cakap sedappppp sangat sebab pedas dan my DH suka pedas. Saya juga gunakan kunyit hidup jadi wangi nya gulai saya ni jadinya..

Personally saya tak berapa suka ayam masak lemak ni atau gulai ni. Tapi sebab DH suka saya usaha juga belajar. But next time kalau buat saya rasa bahagian drumstick dan thighs lebih sedap dimasak cara ini berbanding bahagian dada ayam.

20140131_121007ed

1 comment: