Saturday, 8 March 2014

Jejak Teluk Intan

20140117_120310ed

Cerita lama di bulan Februari lepas.

Menara Condong Teluk Intan Kami kembali semula ke Teluk Intan, Perak. Tempat kelahiran emak. Ramai yang tak tahu bahawa sebenarnya I masih ada Tok (nenek) disebelah emak. Cuma kami jarang bercerita, dan ada peristiwa menghalang kami balik ke Teluk Intan sebelum ini. 2 tahun lepas, setelah beberapa belas tahun berlalu kami pulang semua kesini membawa emak berjumpa ibu kandungnya sendiri yang lama ditinggalkan. Untungnya ada suami yang sudi temankan kami, kalau nak harapkan I, sebab kawasan kampung disitu melalui hutan dan kampung, pening juga dengan jalan kat Perak ni. mengikut cerita emak, emak diserahkan kepada jagaan nenek emak selepas kelahiran adik emak yang kedua. Jarak umur yang rapat antara kedua nya membuatkan Tok setuju. Emak mengikut neneknya balik ke Perlis. Sebenarnya Tok dan Arwah Tok Wan adalah dari Perlis. Mereka merantau ke Teluk Intan untuk projek penerokaan tanah untuk dijadikan ladang dan bendang di Teluk Intan. Kebanyakan di Teluk Intan sememangnya bercakap loghat utara Kedah Perlis kerana kemasukan orang Kedah perlis ke situ meneroka tanah. Emak sememangnya mahu pulang melawat ibu kandungnya, tetapi banyak halangan yang ditempuhnya. Sedar tak sedar hampir berbelas tahun dia tidak dapat jumpa ibu kandungnya. Penantian akhirnya berakhir juga bila saya mendapat jodoh dengan suami yang juga orang perak,jadi kami ambil kesempatan yang ada dengan pertolongan suami menacari rumah Tok di Teluk Intan. Alhamsulillah syukur kami dapat jumpa Tok dan adik beradik emak yang lain. Kunjungan kami kali ini adalah kunjungan yang ke tiga kali dan kami berharap akan kesana lagi dalam waktu terdekat nanti kerana keadaan kesihatan Tok sekarang pun kurang baik.

Singgah di Kuala Kangsar dalam perjalanan menuju ke Rumah mak mentua. Laksa Kuala yang sedap walaupun kuah agak cair.    20140116_183447ed

20140116_191554ed


Esoknya dari rumah emak mertua di Batu Gajah, singgah di Bandar Teluk Intan untuk makan tengahari. Murah betul makanan disini. Untuk nasi penuh lauk macam ni, RM26 untuk 3 orang sekali air dan tambah ayam bakar sepinggan. 
20140117_113634

Dibawah foto kenangan bersama keluarga Paksu, iaitu adik emak. Emak bertudung biru dan yang bertudung merah ialah emak mertua saya. Tok tak dapat bergambar bersama sebab terlantar di katil.
20140119_133736ed

Terjumpa durian pula dibelakang rumah Tok
DSC09934

Dan selamat dibuat kuah durian... :D20140120_181101ed

DSC09940

DSC09931

Sepat ronggeng kering ni sangat sedap. Macam keropok garingnya..
20140124_081756ed

No comments:

Post a Comment