Sunday 25 May 2014

Spaghetti dan sos tomato daging

20140523_132607ed



My baby brother Irfan sudah tamat latihan PLKN (tamat awal untuk ke Universiti), so I made his favorite spaghetti and tomato sauce.

My spaghetti tomato sauce ni memanglah style Malaysia bukan ikut resepi original from itali, tapi kaedah dan bahan dia tak lari banyak, dan begitu juga rasa;). Yang lari banyak bila orang start adding sos tomato, sos cili ke dalam kuah tomato…. Errr….  ;(. Apa pun itu selera masing- masing. Cuma harus kita tahu sos sos tersebut terlalu banyak kandungan gula didalamnya... hasil yang kita dapat adalah sos spaghetti yang manis dan tak ada keaslianya.

20140523_132356ed

20140523_132456ed


Anyway.. kalau nak senang boleh je beli sos instant bolognaise di supermarket. Kalau pakai sos instant cuma perlu tambah protein seperti daging sahaja semasa menumis.

Resepi ni agak flexible. Tak ikut satu persatu pun jadi juga, Cuma bahan yang penting seperti tomato, dan Italian herbs tu kena ada la. Boleh juga pakai daging ayam kisar, atau pakai sosej yang dipotong kecil-kecil. Boleh juga letak meatball instant. Caranya sama, kena “brown” kan atau goreng sebentar baru masukkan tomato.

20140523_113234ed

Bahan - bahan :
500 gm spaghetti – di rebus al dente. Simpan air rebusan.
500 gm daging kisar (saya pakai 800gm!!)
6-7 biji buah tomato ranum – dikisar setengah, dan dipotong dadu setengah
1 tin tomato puree
1 bawang besar kuning saiz besar dipotong dadu. Asing kan dalam 2 sudu untuk tumis
6 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar Mc Cormick Italian herbs – boleh  juga pakai brand tesco. Sama je rasanya.
Lada benggala hijau – dipotong dadu
1/3 cawan minyak zaitun – boleh pakai minyak biasa
1/4 cawan apple cider vinegar – boleh digantikan dengan apa sahaja jus yang masam i.e. Lemon juice
1 cawan fresh milk
½ cawan parmesan cheese diparut – boleh skip
3 sudu besar daun parsley dicincang
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan kuali, tumis bawang putih cincang dan sedikit bawang besar yang dipotong dadu sehingga wangi. Masukkan daging kisar dan biarkan daging garing sambil dikacau sekali sekala.  Masukkan Italian herbs.
20140523_122545

20140523_122757

20140523_123057

Setelah daging garing dan agak kering airnya, masukkan tomato  yang dipotong dadu, dan kacau lagi sehingga tomato masak dan hancur. Masukkan tomato yang dikisar dan tomato puree dalam tin. Masukkan garam, gula, apple cider vinegar. Biar mendidih. Sekiranya terlalu pekat, boleh masukkan sedikit demi sedikit air rebusan spaghetti kedalam kuah. Penggunaan air rebusan spaghetti boleh memekatkan kuah.
20140523_123417

20140523_123732

20140523_123831 Biar kuah mendidih selama lebih kurang 20-30 minute pada api sederhana untuk mengeluarkan rasa tomato dan herba supaya lebih sedap dan wangi. Kuah yang elok masaknya akan kemerahan. Merenih lama juga boleh memekatkan kuah sekiranya kuah terlebih cair.
Akhir sekali, bila kuah nampak pekat dan cantik masukkan fresh milk, parmesan cheese, lada benggala, parsley dan lebihan bawang besar dadu. Biar masak seketika dan tutup api.

Cara menghidang :
Dalam mangkuk besar, masukkan seberapa banyak spaghetti yang hendak dihidangkan, masukkan kuah yang masih panas secukupnya sedikit demi sedikit dan digaul sehingga rata. biarkan seketika supaya spaghetti menyerap kuah. Hidangkan dalam pinggan dan tabur serbuk  parmesan cheese dan hias dengan daun parsley. Boleh panaskan semula kuah untuk hidangan seterusnya.


No comments:

Post a Comment