My simple version of penang laksa. Tak payah nak susah-susah macam dalam resepi lain. You can even skip part pakai ikan fresh. Boleh pakai ikan sardine tin semata-mata. :D
500gm ikan selayang (fresh sardines) yang direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Simpan air rebusan ikan untuk dijadikan stok kuah. Isi ikan ditumbuk sehingga halus. Boleh juga pakai kembung, tapi ikan selayang lebih sedap ;)
1 tin sardine cap ayam, dihancurkan menggunakan garfu. Discard tomato sauce.
Cili kering, terpulang nak pakai banyak mana pun mengikut tahap kepedasan yang diingini.. I pakai dalam 1 cawan (selepas dipotong pendek dan direbus dan tapis air dan buang biji)
Cili rebus tadi dikisar bersama bawang besar dan 1 sudu besar belacan
Daun kesum. Ini je yang ada. Bunga kantan pun tak ada. :D
Satukan semua bahan bahan diatas didalam periuk. Tambah air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dingini. Masukkan asam keping. Masukkan garam. Rebus atas api perlahan sehinngga cili masak dan kuah menjadi wangi. Boleh tambah bunga kantan atau daun kesum. Petua kuah laksa yang sedap, kuah kena berulang kali dipanaskan atas api dan kena dimasak awal sebelum dihidangkan. So kalau nak makan tengah hari, masaklah waktu pagi dan panaskan balik waktu tengahari.
No comments:
Post a Comment