Friday, 16 May 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah... syukur kepada Allah SWT, atas rezeki dan limpah kurnia Nya kepada diri ini dan keluarga.

Irfan, finally dapat tawaran masuk ke University. Perasaan bercampur baur. Antara gembira dan sedikit cuak. Memikirkan kampus yang dia dapat ialah di Melaka. Rasanya macam susah nak lepaskan my baby brother ke sana. But I think this is the right time for him to learn the pain and gain something from the experience. Cuma his nature dia sedikit "lalai" so harap Irfan ni dapat ubah to become more alert sikit dengan hal sekeliling apa lagi yang melibatkan masa depan diri.

What i'm asking now, for every day in my prayer, that Allah dapat permudahkan segalanya. Dari hari ini, ke tarikh pendaftaran dan sehinggalah Irfan habis belajar. Harap dipermudahkan untuk sambut pengajian ke peringkat lebih tinggi, dan dapat kerja bagus, dapat jodoh yang bagus (tapi jgn cari awek pula dekat U nanti) dan dapat tolong kakak jaga mak nanti...

Right now i'm so busy with Irfan prep to Uni. Satu hari entah berapa kali keluar ke bank, ke pejabat penghulu, ke hospital buat med check up, dan apa lagi Irfan now is still under national service PLKN, jadi kena ulang alik ambil dia dan hantar dia ke kem.

Penat. tapi tu lah tanggungjawab yang kena buat. Kalau dulu masa I, kami tak ada kereta, hanya naik bas ke sana sini untuk sediakan kelengkapan ke universiti. Irfan sekarang sangat bertuah sebab semuanya mudah sekarang.

Kalau ada arwah ayah, mesti dia yang sibuk sekarang macam mana dia sibuk waktu nak hantar I ke U dulu dulu. Dan pasti dia lah yang paling gembira bila anak bongsunya akhirnya berjaya menjejak kaki ke University. Ya Allah, semoga ayah gembira dan tenang disana..

Ya Allah permudahkan lah segalanya... Amin...

No comments:

Post a Comment